Panduan Lengkap Untuk Bayar Zakat Pendapatan (Income) Bagi Penjawat Awam & Swasta Yang Makan Gaji Edisi 2019

Syarat bayar zakat pendapatan

  • Agama Islam
  • Baligh
  • Cukup haul & nisab

Wajib ke bayar zakat pendapatan?

Tempoh & bila perlu bayar zakat pendapatan?

Cara bayar zakat pendapatan

Bayar zakat pendapatan online

Bayar zakat pendapatan melalui Maybank2U

Lafaz bayar zakat pendapatan

Soalan Lazim

Hukum bayar zakat pendapatan di negeri lain?

Bayar zakat atau cukai pendapatan?

1. Syarat bayar zakat pendapatan

i. ISLAM

ii. MERDEKA

iii. MILIK SEMPURNA

iv. CUKUP NISAB

v. CUKUP HAUL

vi. BERKEMBANG (AL-NAMA)

Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang.

2. Wajib ke bayar zakat pendapatan?
Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion makan gaji sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.

Fatwa Di Bawah Seksyen 34.

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu.

Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh 9 April 1999)

3. Tempoh & bila perlu bayar zakat pendapatan?

Haul (tempoh) bagi zakat pendapatan adalah setahun Hijrah bersamaan 354 hari manakala nisab (had) adalah bersamaan nilai 85g emas.

Nisab sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun kerana mengikut harga emas semasa, maka perlulah dirujuk kepada Majlis Agama Negeri masing-masing.

4. Cara bayar zakat pendapatan

– Bayar zakat pendapatan online

Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.

Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.

– Bayar zakat pendapatan melalui Maybank2U

  1. Login to M2U.
  2. Click on “Bill Payment”.
  3. Click on “Make a One-Off Payment”.
  4. Select Zakat & Charity, then click “Continue”.
  5. Select your Zakat Payee Corporation or Charity. Click “Continue”.
  6. Key in the Amount you would like to pay, your Telephone Number and Type of Zakat. Then key in TAC. Click “Confirm”.
  7. Payment Status page will appear. Click “Print” for future reference.

5. Lafaz bayar zakat pendapatan

Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat :

 “INI ZAKAT FITRAH SEBANYAK RM ………… YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :

“SAYA TERIMA ZAKAT SEBANYAK RM ………………… YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”

Soalan Lazim

a. Hukum bayar zakat pendapatan di negeri lain?

Dalam al-Majmuk, Imam Nawawi r.a menyatakan (Terjemahan) :

“Jika seseorang itu-sewaktu zakat fitrah wajib [ke atasnya]-[berada] di

[sebuah]

negeri, manakala hartanya [berada] di [negeri] lain, maka

[negeri]

mana satukah yang diambil kira [ketika membayar zakat fitrah]? “

Terdapat dua pandangan; salah satunya :

[yang diambil kira ialah]

negeri [tempat di mana] harta [itu berada] sama seperti zakat harta [yang perlu dikeluarkan di tempat di mana harta itu berada]. 

[Pendapat] yang paling sahih

[daripada kedua-dua pandangan ini]

ialah [yang diambil kira ialah] negeri [tempat di mana] empunya harta [berada]. 

Antara mereka yang mentashihkannya (pendapat yang paling sahih), ialah pengarang (Imam Asy-Syirazi) dalam [kitabnya] at-Tanbih, al-Jurjani dalam [kitabnya] at-Tahrir, al-Ghazali, al-Baghawi, al-Rafi’e dan lain-lain.

Justeru, seseorang yang bekerja di Kuala Lumpur, tetapi menyambut Hari Raya di Terengganu sebagai contoh, zakat fitrah hendaklah dibayar di Terengganu. 

b. Bayar zakat atau cukai pendapatan?


Zakat merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dikerjakan oleh orang Islam bagi yang cukup haulnya. Cukai Pendapatan pula adalah diwajibkan oleh kerajaan untuk orang yang layak dikenakan cukai. Kedua duanya dibayar kepada kerajaan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu orang fakir miskin untuk hidup sepertimana orang yang biasa.

Cukai pendapatan pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain. Ada orang berkata buat apa bayar cukai. Cukai tiada di dalam hukum Islam. Malah ada yang kata haram bayar Cukai Pendapatan. Sebenarnya kalau kita baca sejarah zaman Rasulullah kita tentu akan terjumpa istilah Jizyah iaitu suatu bayaran yang diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di dalam kerajaan Islam di Madinah. Bagi orang Islam tidak perlu membayar Jizyah tetapi perlu membayar Zakat. Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah cuba mengintegrasikan zakat dan cukai pendapatan dengan pemberian rebat ke atas zakat yang telah dibayar oleh umat islam. Tiada had. Seberapa banyak pun zakat yang dibayar akan ditolak dari cukai yang sepatutnya kena bayar. Dengan syarat zakat dibayar di dalam tahun taksiran yang berkenaan dan resit adalah dari Jabatan Agama Islam Negeri Negeri di Malaysia.